Tuesday, July 27, 2010
Demam Peperiksaan
28 Julai 2010- Mulai 3hb Ogos, semua murid di SKPR akan menjalani Ujian Selaras 2 dan bagi murid2 tahun 6 pula akan menghadapi Peperiksaan Percubaan UPSR. Semoga segala urusan dipermudahkan Allah. Apapun, bagi saya yang telah menjalankan ujian Lisan Bahasa Arab untuk murid-murid Tahun 3, amat mendukacitakan. Soalan-soalan yang diajukan tidak dapat dijawab dengan baik dan lancar. Bahkan ada di antara murid-murid ini gugup dan ada yang langsung tidak menjawab soalan yang diajukan. Persoalannya di sini, soalan yang diajukan ialah soalan yang sering ditanya oleh guru-guru Bahasa Arab sebelum memulakan p&p. Jadi, guru-guru Bahasa Arab SKPR, tanyalah pada diri sendiri.....apakah fenomena ini akan terus berlaku.... wallahua'lam.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment